Identiti Korporat & Uniform
Identiti visual AKPS mencerminkan disiplin, keberanian, kedaulatan dan kepercayaan — selaras dengan peranan agensi sebagai penjaga pintu masuk negara.
Simbolisme Logo AKPS
- Helang Merah — kekuatan, ketajaman pengawasan dan kesiapsiagaan; sayap terbuka melambangkan perlindungan menyeluruh darat, udara dan laut.
- Keris Sundang — warisan kepahlawanan Melayu, kesiapsiagaan dan ketegasan anggota.
- Bulan & Bintang — simbol Islam sebagai agama Persekutuan serta nilai integriti organisasi.
- 14 Bintang — perpaduan seluruh Malaysia di bawah satu sistem keselamatan bersepadu.
- Peta Malaysia — tanggungjawab menyeluruh ke atas Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
- Lingkaran & Tangkai Padi — perlindungan berterusan serta kemakmuran hasil keamanan sempadan.
Moto: INTEGRITI • CEKAP • PROFESIONAL
Palet Warna Jenama
Hijau Zaitun (Utama)
#3B4A2F · Darat — Stabiliti & ketahanan
Biru Laut
#1F3A5F · Laut — Kedaulatan & kewibawaan
Merah Malap
#8B2E2E · Udara — Kelajuan & kesiapsiagaan
Kuning / Gold
#FEBE10 · Kemakmuran & kecemerlangan
Pakaian Seragam
Pakaian No 1 — Istiadat
Dipakai bagi majlis rasmi dan istiadat tertinggi agensi.
Pakaian No 4 — Review Order
Pakaian rasmi bagi perbarisan dan majlis review order.
Pakaian No 5 — Operasi
Pakaian kerja lapangan bagi operasi kawalan sempadan.
Sistem Pangkat
Kumpulan Pengurusan Tertinggi
| Gred | Pangkat |
|---|---|
| JUSA A | Komandan Jeneral Sempadan |
| JUSA B | Timbalan Komandan Jeneral Sempadan |
| JUSA C | Komandan Sempadan |
Kumpulan Pengurusan & Profesional
| Gred | Pangkat |
|---|---|
| Gred 14 | Penolong Komandan Kanan Sempadan |
| Gred 13 | Penolong Komandan Sempadan |
| Gred 12 | Superintenden Sempadan |
| Gred 10 | Penolong Superintenden Sempadan |
| Gred 9 | Inspektor Sempadan |
Kumpulan Pelaksana
| Gred | Pangkat |
|---|---|
| Gred 8 | Sarjan Mejar |
| Gred 7 | Sarjan Kanan |
| Gred 6 | Sarjan |
| Gred 5 | Lans Korporal |
| Gred 4 | Korporal |
| Gred 3 | Konstabel |
| Gred 1–2 | Sub Inspektor |